Wednesday 5 June 2013

Coretan Hidup


Assalammualaikum para blogger sekalian..


Tajuk pertama pilihanku mengenai kedamaian kampungku yang telah lama kutinggalkan. Bukan apa, sudah tiada sesiapa lagi disana yang hendak ku ziarahi...

Aku dilahirkan di Alor Gajah, Melaka. Kampungku, Gadek.  Suatu nama yang tidak berapa popular dan menarik dan kenapa diberikan nama Gadek pun aku tak tahu. Walaubagaimanapun itulah kampungku, tanah tempat kelahiranku. Kampungku tak jauh dari pekan Tampin, kira-kira 15minit sahaja perjalananannya. Ke pekan Alor Gajah pun mengambil masa dalam 10 minit berkereta. Kampungku tidaklah menarik sangat tapi aku suka dengan kedamaiannya yang tidak boleh di beli di bandar besar ni.

Rupa kampungku tak jauh beza dengan gambar yang diatas nie....ader pohon nyiur melambai-lambai bila aku pulang, pokok rambutan gading dan madu di sekeliling kampungku, ayam, itik nila, perigi tua yang masih lagi pakai gayung dari besi dan tandas nun jauh di celahan semak-semak sedikit.... agak menyeramkan juga bila waktu malam, biasalah sifat penakut tu terlekat kat jiwa aku nie...ntah lah kenapa aku ni penakut, agaknya terlalu banyak 'input" mengenai hantu agaknya disogokkan pada aku semenjak kecil lagi...Belakang rumahku ader sungai mengalir jernih dan ada jambatan utk melepasi ke kampung seberang. Disepanjang sungai tu, ader sawah padi menghijau dikiri dan kanan sungai....Ader pokok rebung terjuntai dan dah tentulah menjadi sasaran anak-anak kampung yang nak berlagak menjadi "tarzan"....Emmmm....seronok bila di kenang kisah kanak-kanak dulu...

Aku, biasalah, nakal, pembuli kata sepupu-sepupuku (yea ker, tak kot). Kawan-kawanku , semua terdiri para satria-satria, budak tomboy macam aku ni, mana nak kawan ngan budak-budak perempuan tu....Mereka tu "lemau", suka merengek-rengek, rimas aku dibuatnya, alahaiiiii macam aku ni bukan perempuan kan...kritik pulak....


Kampungku ni meriah suasananya....al-maklum lar tak der kenderaan-kenderaan yang menderu-deru bunyinyer, gas karbondioksida pun kurang, udara kat sini, nyaman jer, berangin-angin, seronok kalau duduk kat pangkin bawah pokok rambutan tu....

Tapi, semuanya dah berubah dek pembangunan yang pesat, air sungai dah mulai keroh, pokok-pokok byk yang dah kena tebang, pangkin dah reput dan rumah-rumah banyak yang terbiar...seperti diri aku, keseorangan....aku bukan memilih tetapi aku malas lah nak pikir segala-gala persoalan hidup ni, aku tgk org yang berumahtangga tu macam kucar-kacir jer hidup mereka...kalau kat pejabat tu memanjang jer dorang cerita pasal permasalahan hidup berumahtangga nie...naik gerun gak kan....yang sebenarnya bukan tak laku tau tapi belum sampai seru...hihihi.....

Aku rindu lar pada kampungku tapi bila aku balik tu, terasa sunyi sebab orang-orang yang aku kenali dulu dah tiada, meninggal, berhijrah lah dan buat hal masing-masing...Bila aku balik takder lagi orang yang gembira menyambut kepulanganku, takder lagi gelak tawa mereka menyakat aku dan takder lagi yang menghantar makanan utk aku...ummmm....sedihlah kan...jadi sekarang ni, aku menjadi orang pekan tegar.....tak balik-balik kampung....dah 2 tahun aku tak jenguk apa terjadi kat kampung tu....hurmmmm...nantilah...raya nanti lah aku balik...ramai sikit sepupuku balik menziarahi kubur, biasalah tu...dah macam adat pulak tapi itulah masanya aku jumpa dorang, bila lagi kan....

Aku harap entri aku ni tak lah membosankan korang semua...biasalah "murid baru belajar" banyaklah cacat celanyer di sana sini....nanti kalau aku dah pandai mengarang, korang jangan lupa bagi aku komen-komen yang membina untuk aku perbaiki hasil penulisan aku nie....

Baiklah yea....penulisan ini tidak akan terhenti disini saja, akan ku tulis sampai korang semua bengkak mata membacanyer....itupun kalau korang baca lar kan....

Wassalam.....